KERTAS KERJA
KEM MEMBACA DI SK BEHRANG
TARIKH
26
April 2015
TEMPAT
SK
BEHRANG, BEHRANG 2020, JALAN WAWASAN MESRA, 35900 TANJUNG MALIM, PERAK.
ANJURAN
Pelajar
Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033) Semester 2 Sesi 2014/2015
DENGAN KERJASAMA
Sekolah
Kebangsaan Behrang
1.0 TUJUAN
Kertas
kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan dan sumbangan kewangan
daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi dengan tujuan berikut:
- Untuk
mendapatkan sumbangan dan bantuan kewangan daripada Fakulti Bahasa dan
Komunikasi.
- Untuk
mendapatkan kelulusan pengangkutan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni (JHEPA).
2.0 PENGENALAN
Program
ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas Keterampilan Membaca
(BMK 3033) Kumpulan G (Pantun) di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah untuk memberi penambahan ilmu
pengetahuan kepada pelajar itu sendiri. Di samping itu, program ini dibentuk
bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran di luar kelas
bagi mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah.
3.0 OBJEKTIF
Program
ini diadakan untuk:
3.1
Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai suasana sebenar di sekolah.
3.2
Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa/i dengan
pihak pengurusan sekolah.
3.3
Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
3.4
Mengajar dan melatih mahasiswa/i agar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
murni dalam semua aspek kehidupan individu dan masyarakat.
3.5
Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.
4.0 HASIL PEMBELAJARAN
- Mahasiswa/i
dapat mempelajari teknik interaksi yang berkesan antara pelajar dengan
guru.
- Mengurangkan
kejutan budaya mahasiswa/i sebelum melangkah ke alam perguruan sebenar
kelak.
- Mempraktikkan
apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.
5.0 KEMAHIRAN INSANIAH
- Pendedahan
kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman yang bermanfaat
kepada mahasiswa/i.
- Membentuk
nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna.
- Membentuk
peribadi guru yang baik.
6.0 JUSTIFIKASI
Program
ini bertujuan melahirkan mahasiswa/i yang bergiat aktif dalam semua aktiviti
yang dijalankan pihak fakulti seterusnya dapat memberikan sumbangan dan bakti
kepada sekolah terbabit. Selain itu, ia dapat mengaktifkan nilai-nilai murni
dalam diri peserta. Semangat kerjasama
dan saling membantu sesama peserta juga dapat digilap. Segala pengisian yang
ingin dianjurkan dalam program ini adalah bersesuaian bagi menyemai sikap
prihatin, bekerjasama, dan sentiasa memajukan diri kearah kecemerlangan.
7.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN
PROGRAM
Program
: Program Kem Membaca
Tarikh :
26 April 2015
Hari : Ahad
Tempat : Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang
2020, Jalan Wawasan Mesra, 35900 Tanjung Malim, Perak.
8.0 KUMPULAN SASARAN
Melibatkan 10 orang pelajar kelas Keterampilan Membaca
(BMK 3033), Kumpulan G (Pantun) Semester 2 Sesi 2014/2015 di bawah Fakulti
Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan 3 orang pensyarah
pengiring.
9.0 TENTATIF PROGRAM
26 April 2015 (Ahad)
MASA
|
AKTIVI
|
7.30
pagi
|
Pelajar
berkumpul di tempat menunggu bas yang telah ditetapkan dan bertolak ke SK
Behrang.
|
8.00
pagi
|
Jangkaan
sampai.
|
8.30
pagi
|
Program
Sesi Pertama bermula
|
10.00
pagi
|
Rehat
|
10.30
pagi
|
Program
Sesi Ke-2 bermula
|
12.30
tengahari
|
Program
tamat
|
1.00
petang
|
Majlis
Penutupan
|
1.30
petang
|
Berkumpul
dan bertolak pulang.
|
10.0 SENARAI JAWATANKUASA
PELAKSANAAN PROGRAM
Penasihat
Pn
Alizah binti Lambri
Pengarah program
Mohd
Zainul Ariffin bin Mad Iskin
Timbalan Pengarah
Nur
Amirah binti Bahrom
Setiausaha
Siti
Yuhannis binti Ahmad Hady
Bendahari
Nur
Atiqah binti Mohammad Wahid
Ahli Jawatankuasa
AJK Aktiviti
Khadijah
binti Muhammad Khusairi
Nurul
Huda binti Hassan
AJK Publisiti
Nur
Zuraida binti Nordin
Evelyn
Bangkang anak Jawi
AJK Teknikal
Leslie
Ashley anak Story Law
Ikah
binti Mohd Said
11.0 ANGGARAN KEWANGAN
|
||||||||||||||||||||
12.0 PENUTUP
Ucapan
terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Diharap program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna dalam
kalangan mahasiswa/i mengenai profesion perguruan yang sebenar. Semoga program
ini akan mencapai objektif yang dihajatkan dan memberi pengalaman serta ilmu
baru kepada mahasiswa/i yang terlibat. Oleh hal yang demikian, kami juga sangat
berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan seterusnya
meluluskan kertas kerja ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami
hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Disediakan oleh:
|
Siti Yuhannis binti Ahmad Hady,
Setiausaha,
Program Kem Membaca Kumpulan G (Pantun),
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh : ………………………………
|
Disokong oleh:
|
Mohd Zainul Ariffin bin Mad Iskin,
Pengarah Program,
Program Kem Membaca Kumpulan G
(Pantun),
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh
: ………………………………
|
Disemak
dan disahkan oleh:
|
Puan Alizah binti Lambri,
Penasihat Kumpulan G,
Program Keterampilan Membaca,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh
: ………………………………
|
No comments:
Post a Comment