Persediaan
aktiviti:
Ø
Pemilihan aktiviti “Pantun Pecah” memerlukan murid-murid
untuk memecahkan belon yang berisi pantun didalamnya bersama pasangan
masing-masing.
Ø
Alat bantuan yang digunakan
dalam aktiviti ini adalah belon serta beberapa rangkap pantun yang telah
dimasukkan ke dalam belon tersebut.
Ø
Rasional aktiviti ini dipilih
bagi memupuk semangat kerjasama antara murid serta meningkatkan keyakinan diri mereka
serta mengetahui kebolehan mereka untuk membaca pantun.
Ø
Kursus ini membantu pelajar
bukan sahaja boleh membaca tapi pada masa yang sama dapat mengaplikasikan
elemen-elemen keterampilan semasa membaca.
Pelaksanaan aktiviti:
Ø Sebelum aktiviti ini dimulakan
fasilitator terlebih dahulu akan memberi penerangan kepada murid-murid bagi memberi pencerahan cara aktiviti
dimainkan.
Ø Murid-murid diminta untuk mencari pasangan masing-masing. Setiap
pasangan akan diberikan satu belon yang berisi pantun didalamnya.
Ø Murid-murid perlu memecahkan belon tersebut bersama pasangan.
Setelah semua pasangan berjaya memecahkan belon tersebut, mereka diminta untuk
membaca pantun yang terdapat di dalam belon tersebut bersama pasangan
masing-masing.
Ø Refleksi daripada aktiviti ini ialah pelajar ternyata gembira dan
seronok melakukan aktiviti ini di samping dapat meningkatkan tahap keyakinan
pelajar serta memupuk semangat kerjasama antara pelajar.
Harapan pada masa akan datang supaya murid-murid dapat memanfaatkan
ilmu yang diperoleh melalui aktiviti ini serta mempraktikkannya dalam
pembelajaran.
No comments:
Post a Comment