Free Blogger Templates

Tuesday, May 12, 2015

Aktiviti 7 : Menyusun Pantun


Persediaan Aktiviti :
·       Pemilihan aktiviti menyusun pantun yang memerlukan murid-murid menyusun pantun yang diselerakkan.
·       Pembinaan alat bantu aktiviti menggunakan kepingan pantun dilekatkan di atas kertas warna dan dipotong setiap satu baris.
·      Rasional aktiviti ini adalah bagi menguji kebolehan murid-murid menyusun pantun mengikut rima akhir yang betul.

Perlaksanaan Aktiviti :










•     Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Terdapat empat rangkap pantun yang diselerakkan, mereka menyusun secara kerjasama untuk membentuk semula empat rangkap pantun kepada bentuk yang asal. Setelah itu, mereka diminta untuk membaca pantun dengan irama yang betul secara bersama-sama menggunakan lenggok irama pantun yang betul.
•         Kaitan kem ini dengan modul keterampilan membaca adalah seperti yang kita ketahui, seseorang membaca mempunyai alasan, iaitu untuk mendapat maklumat, jadi aktiviti pantun ini adalah proses membaca untuk memahami maksud yang ingin disampaikan melalui kaedah pantun.
•         Refleksi daripada aktiviti ini adalah, murid lebih memahami bagaimana intonasi pantun dan rima pantun. Mereka kelihatan seronok semasa mengiramakan pantun kerana pantun mempunyai lenggok gaya penyampaian yang tersendiri.

Harapan pada masa hadapan supaya murid-murid yang terlibat semakin menggemari pantun dan mahir berpantun. Selain itu, semoga mereka mampu mempengaruhi rakan-rakan mereka untuk berpantun.



No comments:

Post a Comment