Free Blogger Templates

Tuesday, May 12, 2015

Aktiviti 2 : "Tiru Macam Saya"


 i)Persediaan Aktiviti
Pemilihan aktiviti ialah “Tiru Macam Saya”. Aktiviti ini menggunakan bahan yang terdiri daripada video persembahan “Nyanyian Tommy-tommy” dan bahan tambahan menggunakan laptop serta pembesar suara. Sebelum hari kejadian, bahan- bahan yang dinyatakan dapat disediakan dan persembahan video ini diambil daripada ‘youtube’. Aktiviti yang pertama dipilih merupakan aktiviti “Tiru Macam Saya” sebagai aktiviti pembukaan supaya dapat  menarik minat pelajar dalam aktiviti seterusnya. Latihan mengajar juga dititikberatkan iaitu membuat pergerakan yang sama dengan persembahan video agar program berjalan dengan lancar. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan kepekaan terhadap irama dalam kalangan pelajar. Aktiviti ini dapat dikaitkan dengan kaedah membaca radio yang merupakan salah satu strategi dalam membaca lantang bersuara di mana satu cara berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat atau memberi hiburan kepada pelajar dalam menarik minat belajar.

ii)Pelaksanaan Aktiviti
            Pada 26 April 2015,  Program kem membaca diadakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 yang melibatkan murid-murid Tahun Satu hingga Tahun Lima dan pelajar kursus BMK3033 Keterampilan Membaca, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Seterusnya pelajar dibahagikan kepada beberapa kelas kepada kumpulan pelajar kursus BMK3033 Keterampilan Membaca. Kumpulan kami mendapat 16 orang pelajar Tahun Satu dan Tahun Dua.
Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi iaitu dimulakan dengan aktiviti “Tiru Macam Saya” dengan persembahan video nyanyian tommy-tommy . Sebelum itu, sesi perkenalan antara fasilitator dengan pelajar tahun satu dan dua dilakukan. Seterusnya, arahan diberi kepada pelajar agar bersedia dan mempersembahkan video ini dengan mengikut rentaknya. Pelajar menunjukkan reaksi tertarik dan gembira dengan aktiviti ini.




iii) Refleksi
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan kepekaan terhadap irama dalam kalangan pelajar. Aktiviti ini dapat dikaitkan dengan kaedah membaca radio yang merupakan salah satu strategi dalam membaca lantang bersuara di mana satu cara berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat atau memberi hiburan kepada pelajar dalam menarik minat belajar. Penggunaan media sebagai alat bantu bukan sahaja dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran  dengan baik, tetapi juga juga membantu meningkatkan  pemahaman pelajar dan memudahkan pendidik menyampaikan ilmu.

iv) Harapan Pada Masa Akan Datang
            Proses pembelajaran perlu dipelbagaikan kaedah supaya pelajar tidak bosan dan belajar secara santai lebih sesuai untuk memudahkan pelajar mengingat. Saya berharap aktiviti yang baik dapat mengembangkan minda pelajar dan menarik perhatian mereka bagi proses pembelajaran berjalan dengan lancar.



No comments:

Post a Comment