Free Blogger Templates

Tuesday, May 12, 2015

Aktiviti 1: Penerangan Maksud Pantun


Semasa persediaan aktiviti
Proses pencarian maksud pantun sebenar dan pemilihan jenis-jenis pantun terlebih dahulu dilakukan dengan pencarian di laman sesawang. Antara pantun yang dipilih ialah pantun budi. Sebagai contoh :
Harum sungguh bunga melati ;
Hiasan sanggul amat memikat ;
Bertolak-ansur, hormat menghormati ;
Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

Pantun ini memberi maksud bahawa sikap bertolak ansur dan saling menghormati amat penting untuk mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain.  Antara alat bantu mengajar yang digunakan bagi melengkapkan aktiviti ini ialah penggunaan kad manila. Seterusnya, rasional aktiviti ini ialah untuk memberi pengetahuan serta mengingatkan  kembali  kepada pelajar maksud pantun yang sebenar. Selain itu, pelajar dapat membaca serta mengiramakan pantun dengan betul.  Aktiviti ini juga berkait rapat dengan kemahiran yang terdapat dalam modul keterampilan iaitu dalam proses kognitif ketika membaca di mana pelajar  dapat memahami apa yang dibaca, peranan indera penglihatan dalam proses membaca dan juga persembahan minda iaitu pelajar dapat gambaran makna yang diperolehinya berlandaskan apa yang dipaparkan di hadapan pelajar.

Refleksi terhadap aktiviti yang dijalankan ialah pelajar dapat membaca, mengetahui dan memahami maksud pantun. Selain itu, kelantangan suara guru dalam menyampaikan maklumat. Maksudnya dalam menyampaikan maklumat berkaitan maksud pantun kepada murid secara jelas beserta contoh pantun serta mengiramakannya. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap maksud pantun. Selain itu, kelantangan suara murid dalam proses membaca dan mengiramakan pantun juga secara tidak langsung akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid terhadap aktiviti yang sedang dijalankan. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.



Semasa perlaksanaan aktiviti











                                                         
     


No comments:

Post a Comment