Free Blogger Templates

Tuesday, May 12, 2015

Aktiviti 4 : "Lafazkan Kalimah Pantunmu"


Slot ini merupakan slot yang ke-4 dalam Program Kem Membaca di SK Behrang yang telah diadakan pada 26 April 2015.

Penyediaan Aktiviti :
1.      Kami mempersiapkan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti ini.
2.      Antara persiapan lain yang dilakukan adalah memikirkan nama yang sesuai untuk slot ini, menyusun perjalanan aktiviti, serta memikirkan rasional aktiviti yang dijalankan.
3.      Kami juga memikirkan aktiviti lain sekiranya aktiviti ini menghadapi masalah dalam pelaksanaannya.
4.      Rasionalnya, kami memilih aktiviti ini untuk memberikan keyakinan kepada murid-murid untuk bercakap di hadapan umum sambil melafazkan pantun yang telah dilakarkan pada kad manila dengan intonasi yang tepat.
5.      Berdasarkan apa yang telah dipelajari dalam kursus BMK 3033 Keterampilan Membaca, aktiviti ini menerapkan kemahiran membaca lantang. Hal ini kerana, setiap murid diminta untuk membaca pantun serta memahami maksud yang disampaikan oleh pantun tersebut.

Pelaksanaan Aktiviti :
1.      Kami telah melaksanakan aktiviti ini dengan melibatkan murid-murid Tahun Satu dan Tahun Dua. Murid-murid diminta untuk tampil ke hadapan mengikut giliran kumpulan masing-masing.
2.      Kemudian, mereka dikehendaki untuk melafazkan pantun yang telah mereka tulis di atas kad manila semasa aktiviti sebelum itu dengan intonasi yang tepat.
3.      Semasa aktiviti ini dijalankan, dapat dilihat bahawa murid-muird mampu membaca pantun dengan intonasi yang betul. Kerjasama yang ditampilkan dalam kumpulan juga sangat baik. Persaingan sihat antara kumpulan kelihatan harmoni dengan adanya sikap saling menyokong antara satu sama lain. Mereka juga kelihatan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Hasil pantun yang telah mereka tulis dan hias di atas manila kad telah dilekatkan pada papan kenyataan kelas mereka sebagai tanda hasil kerja mereka yang masih boleh terus dimanfaatkan. 













Refleksi :


Melalui aktiviti ini, kami mendapati bahawa rata-rata murid yang menjadi peserta kem ini mampu mempersembahkan pantun dengan intonasi yang betul. Mereka juga telah menunjukkan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan serta fasilitator yang bersama mereka. Hal ini boleh menjadi panduan kepada bakal guru berkenaan cara untuk menarik minat murid-murid. Untuk murid-murid sekolah rendah, dapatlah disimpulkan bahawa mereka suka didekati dan tertarik dengan aktiviti pembelajaran yang melibatkan permainan.

No comments:

Post a Comment