Free Blogger Templates

Tuesday, May 12, 2015

Aktiviti 1: Penerangan Maksud Pantun


Semasa persediaan aktiviti
Proses pencarian maksud pantun sebenar dan pemilihan jenis-jenis pantun terlebih dahulu dilakukan dengan pencarian di laman sesawang. Antara pantun yang dipilih ialah pantun budi. Sebagai contoh :
Harum sungguh bunga melati ;
Hiasan sanggul amat memikat ;
Bertolak-ansur, hormat menghormati ;
Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

Pantun ini memberi maksud bahawa sikap bertolak ansur dan saling menghormati amat penting untuk mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain.  Antara alat bantu mengajar yang digunakan bagi melengkapkan aktiviti ini ialah penggunaan kad manila. Seterusnya, rasional aktiviti ini ialah untuk memberi pengetahuan serta mengingatkan  kembali  kepada pelajar maksud pantun yang sebenar. Selain itu, pelajar dapat membaca serta mengiramakan pantun dengan betul.  Aktiviti ini juga berkait rapat dengan kemahiran yang terdapat dalam modul keterampilan iaitu dalam proses kognitif ketika membaca di mana pelajar  dapat memahami apa yang dibaca, peranan indera penglihatan dalam proses membaca dan juga persembahan minda iaitu pelajar dapat gambaran makna yang diperolehinya berlandaskan apa yang dipaparkan di hadapan pelajar.

Refleksi terhadap aktiviti yang dijalankan ialah pelajar dapat membaca, mengetahui dan memahami maksud pantun. Selain itu, kelantangan suara guru dalam menyampaikan maklumat. Maksudnya dalam menyampaikan maklumat berkaitan maksud pantun kepada murid secara jelas beserta contoh pantun serta mengiramakannya. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap maksud pantun. Selain itu, kelantangan suara murid dalam proses membaca dan mengiramakan pantun juga secara tidak langsung akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid terhadap aktiviti yang sedang dijalankan. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.



Semasa perlaksanaan aktiviti











                                                         
     


Pemplet Kem Membaca 2015

PROGRAM
KEM MEMBACA


TARIKH :
26 APRIL 2015


 TEMPAT :
SK BANDAR BEHRANG 2020, 35900 TANJUNG MALIM, PERAK


ANJURAN :
PELAJAR KURSUS
KETERAMPILAN MEMBACA
(BMK 3033)
SEMESTER 2 SESI 2014/2015

DENGAN KERJASAMA:
SK BANDAR BEHRANG 2020




OBJEKTIF PROGRAM

1. Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai suasana sebenar di sekolah.
2. Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa/i dengan pihak pengurusan sekolah.
3. Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
4. Mengajar dan melatih mahasiswa/i agar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan individu dan masyarakat.
5. Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.





TENTATIF PROGRAM
Tarikh              : 26 April 2015
Masa                : 7.30 pagi – 1.00 petang
Hari                 : Ahad


07:30  pagi      Berkumpul dan bertolak ke SK Behrang

08:30  pagi      Ucapan penasihat program
                        Ucapan pegarah program
                        Taklimat

09:00  pagi      Berkumpul di dalam kelas
                        Aktiviti 1

9:15  pagi        Aktiviti 2

9:30 pagi         Aktiviti 3

10.00 pagi       Aktiviti 4

10.20 pagi       Rehat

11.00 pagi       Aktiviti 5

11.30 pagi       Aktiviti 6

11.45 pagi       Aktiviti 7

12.15 t/hari      Aktiviti 8        

12.30 t/hari      Majlis Penutupan

1.00 petang     Jamuan & Bersurai





SENARAI  ajk PELAKSANA

PENAUNG
Prof Madya Dr Raja Nor Safinas binti Raja Harun


Penasihat
Pn Alizah binti Lambri

Pengarah program
Mohd Zainul Ariffin bin Mad Iskin

Timbalan Pengarah
Nur Amirah binti Bahrom

Setiausaha
Siti Yuhannis binti Ahmad Hady


Bendahari
Nur Atiqah binti Mohammad Wahid

Ahli Jawatankuasa
AJK Aktiviti
Khadijah binti Muhammad Khusairi
Nurul Huda binti Hassan

AJK Publisiti
Nur Zuraida binti Nordin
Evelyn Bangkang anak Jawi

AJK Teknikal
Leslie Ashley anak Story Law
Ikah binti Mohd Said




IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN

Ibu Kandung Suluh Budiman
Obor Di Malam Gelap
Bina Budi Penyebar Tekad
Pancaran Semangat Waja

Ibu Kandung Suluh Budiman
Ibu Pujaan Kami
Yang Berjasa Pada Masyarakat
Hidup Gagah Berani

Ibu Kandung Suluh Budiman
Dengarlah Sumpah Sumbangsih Nan Suci
Selagi Hayat Dikandung Badan



Kertas Kerja Kem Membaca di S.K Behrang 2020




KERTAS KERJA
KEM MEMBACA DI SK BEHRANG

 TARIKH
26 April 2015

TEMPAT
SK BEHRANG, BEHRANG 2020, JALAN WAWASAN MESRA, 35900 TANJUNG MALIM, PERAK.

ANJURAN
Pelajar Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033) Semester 2 Sesi 2014/2015

DENGAN KERJASAMA
Sekolah Kebangsaan  Behrang



1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan dan sumbangan kewangan daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi dengan tujuan berikut:
  1. Untuk mendapatkan sumbangan dan bantuan kewangan daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi.
  2. Untuk mendapatkan kelulusan pengangkutan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).
2.0 PENGENALAN
Program ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas Keterampilan Membaca (BMK 3033) Kumpulan G (Pantun) di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah untuk memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar itu sendiri. Di samping itu, program ini dibentuk bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran di luar kelas bagi mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah.
3.0 OBJEKTIF
Program ini diadakan untuk:
3.1 Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai  suasana sebenar di sekolah.
3.2 Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa/i dengan pihak pengurusan sekolah.
3.3 Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
3.4 Mengajar dan melatih mahasiswa/i agar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan individu dan masyarakat.
3.5 Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.



4.0 HASIL PEMBELAJARAN
  1. Mahasiswa/i dapat mempelajari teknik interaksi yang berkesan antara pelajar dengan guru.
  2. Mengurangkan kejutan budaya mahasiswa/i sebelum melangkah ke alam perguruan sebenar kelak.
  3. Mempraktikkan apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.

5.0 KEMAHIRAN INSANIAH
  1. Pendedahan kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mahasiswa/i.
  2. Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna.
  3. Membentuk peribadi guru yang baik.
6.0 JUSTIFIKASI
Program ini bertujuan melahirkan mahasiswa/i yang bergiat aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan pihak fakulti seterusnya dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada sekolah terbabit. Selain itu, ia dapat mengaktifkan nilai-nilai murni dalam diri peserta.  Semangat kerjasama dan saling membantu sesama peserta juga dapat digilap. Segala pengisian yang ingin dianjurkan dalam program ini adalah bersesuaian bagi menyemai sikap prihatin, bekerjasama, dan sentiasa memajukan diri kearah kecemerlangan.

7.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM
Program        : Program Kem Membaca
Tarikh            : 26 April 2015
Hari                : Ahad
Tempat           : Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020, Jalan Wawasan Mesra, 35900 Tanjung Malim, Perak.

8.0 KUMPULAN SASARAN
Melibatkan 10 orang pelajar kelas Keterampilan Membaca (BMK 3033), Kumpulan G (Pantun) Semester 2 Sesi 2014/2015 di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan 3 orang pensyarah pengiring.

9.0 TENTATIF PROGRAM

26 April 2015 (Ahad)
MASA
AKTIVI
7.30 pagi
Pelajar berkumpul di tempat menunggu bas yang telah ditetapkan dan bertolak ke SK Behrang.
8.00 pagi
Jangkaan sampai.
8.30 pagi
Program Sesi Pertama bermula
10.00 pagi
Rehat
10.30 pagi
Program Sesi Ke-2 bermula
12.30 tengahari
Program tamat
1.00 petang
Majlis Penutupan
1.30 petang
Berkumpul dan bertolak pulang.




10.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM
Penasihat
Pn Alizah binti Lambri
Pengarah program
Mohd Zainul Ariffin bin Mad Iskin
Timbalan Pengarah
Nur Amirah binti Bahrom
Setiausaha
Siti Yuhannis binti Ahmad Hady
Bendahari
Nur Atiqah binti Mohammad Wahid

Ahli Jawatankuasa
AJK Aktiviti
Khadijah binti Muhammad Khusairi
Nurul Huda binti Hassan
AJK Publisiti
Nur Zuraida binti Nordin
Evelyn Bangkang anak Jawi
AJK Teknikal
Leslie Ashley anak Story Law
Ikah binti Mohd Said

11.0 ANGGARAN KEWANGAN

1.
PERBELANJAAN INDUK

a)      Kertas Mahjong, Marker Pen dan lain-lain alat tulis
RM 20
RM 20

b)      Lain-lain perbelanjaan
RM 20
RM 20

Jumlah besar
RM40





12.0 PENUTUP
Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna dalam kalangan mahasiswa/i mengenai profesion perguruan yang sebenar. Semoga program ini akan mencapai objektif yang dihajatkan dan memberi pengalaman serta ilmu baru kepada mahasiswa/i yang terlibat. Oleh hal yang demikian, kami juga sangat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan seterusnya meluluskan kertas kerja ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.


Disediakan oleh:
Siti Yuhannis binti Ahmad Hady,
Setiausaha,
Program Kem Membaca Kumpulan G (Pantun),
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………

Disokong oleh:
Mohd Zainul Ariffin bin Mad Iskin,
Pengarah Program,
Program Kem Membaca Kumpulan G (Pantun),
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………

Disemak dan disahkan oleh:





Puan Alizah binti Lambri,
Penasihat Kumpulan G,
Program Keterampilan Membaca,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………






Kumpulan G


BMK 3033 KETERAMPILAN MEMBACA

PENSYARAH :
PUAN ALIZAH BINTI LAMBRI

AHLI :

  1. MOHD ZAINUL ARIFFIN BIN MAD ISKIM              D20141066548
  2. EVELYN BANGKANG ANAK JAWI                       D20141066596
  3. IKAH BINTI MOHD SAID                                         D20141066597
  4. NUR ATIQAH BINTI MOHAMMAD WAHID            D20141066598
  5. NURUL HUDA BINTI HASSAN                                D20141066599
  6. NUR AMIRAH BINTI BAHROM                               D20141066600
  7. NUR ZURAIDA BINTI NORDIN                               D20141066601
  8. KHADIJAH BINTI MOHAMMAD KHUSAIRI          D20141066603
  9. SITI YUHANNIS BINTI AHMAD HADY                  D20141066607
  10. LESLIE ASHLEY ANAK STORY LOW                   D20141066608